Erdoğan: ''Mari Kita Bentuk Landasan Perdamaian Baru untuk Dunia''

Erdoğan bercakap pada Global Entrepreneurship Congress di Istanbul.

Erdoğan: ''Mari Kita Bentuk Landasan Perdamaian Baru untuk Dunia''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyeru untuk membentuk sebuah landasan perdamaian baru untuk dunia.

Erdoğan bercakap pada Global Entrepreneurship Congress di Istanbul.

Erdoğan yang menggarisbawahi kematian-kematian orang awam di Syria, menyeru kepada negara-negara yang telah menyebabkan kematian-kematian dengan bom yang dilemparkan secara acak dan bom barel seraya berkata:

''Mari kita membentuk sebuah landasan perdamaian baru di dunia ini''.

Erdoğan juga menggesa para pemimpin dunia untuk jujur dan tulus.

Erdoğan juga mengevaluasi serangan udara pada Sabtu pagi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas rejim Bashar Assad yang menggunakan senjata kimia di Syria, 

''Hanya ada satu perkara bagi mereka, mereka berkata 'kami menyerang kerana mereka menggunakan senjata kimia'. Dengan menyingkirkan mereka yang tewas akibat senjata konvensional, hanya melihat mereka yang terbunuh akibat senjata kimia, apakah itu keadilan?'' kata Erdoğan.

Menyatakan bahawa Turki setakat ini telah membelanjakan 31 bilion dolar untuk para pelarian, Erdoğan berkata bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah berjanji untuk memberikan 6 bilion euro kepada Turki yang akan digunakan untuk keperluan para pelarian, namun mereka tidak menepati janjinya.

''Kami telah membuka pintu kepada semua orang tanpa membiarkan mereka menjadi mangsa kekejaman atau tenggelam di lautan. Kami tidak pernah kompromi atas sikap kemanusiaan kami ini. Mereka yang telah menyebabkan para pelarian datang ke negara kami dan mereka yang telah menjadi sumber ancaman datang ke negara kami, kami anggap sebagai organisasi pengganas'' kata Erdoğan.



Berita Terkait