Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 16 April 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Yeni Şafak: "Erdogan: Yang di Pensilvanya, anda juga akan datang''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan, memberikan mesej dalam perjuangan melawan Organisasi Pengnganas FETO. Erdoğan, dalam ucapannya sebelum kongres daerah Maltepe Luar Biasa ke-6, berkata, "Setakat ini kami telah mengambil 80 daripada mereka dari luar negara. Di Pennsylvania (pemimpin Feto), anda juga akan datang. Goyang ke kanan dan kiri semahu anda''katanya.

 

Akhbar Sabah: "Yıldırım, mereka sangat terlambat"

Perdana Menteri Binali Yıldırım bercakap pada Kongres Parti AK Daerah Tuzla. Yıldırım, mengenai kempen udara terhadap rejim yang diketuai oleh AS, beliau berkata, "Barat tiba-tiba mengingat orang-orang Syria yang tidak bersalah. Ini adalah respon yang terlambat yang diberikan kepada pembunuh''katanya.
 

Akhbar Vatan: "Stoltenberg membuat panggilan kepada para sekutu untuk membuat sokongan lebih banyak ke Turki''

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, dalam kenyataannya kepada Agensi Anadolu, berkata bahawa Turki adalah sekutu NATO yang sangat berharga dan strategik. Stoltenberg yang menarik perhatian bahawa terdapat kehadiran serius di Turki untuk menyokong NATO, "Saya menyeru kepada semua sekutu untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada Turki." katanya.

 

Akhbar Haber Türk: "13 ribu pelancong tiba di Marmaris"

Musim pelancongan 2018 di daerah Marmaris Muğla bermula dengan cepat. Pantai dan jalan-jalan di daerah tersebut telah dipenuhi 13 ribu pelancong yang telah bercuti baru-baru ini. Pelancong tempatan dan asing tidak mengabaikan menikmati laut di daerah di mana suhu udara adalah 29 darjah.



Berita Terkait