Para Wanita Turki Menggesa Pemimpin Dunia Ambil Tindakan untuk Syria

Konvoi tersebut disokong oleh beribu-ribu wanita dari pelbagai budaya dari 55 negara.

erdogan vicdan konvoyu.jpg

Para wanita menggesa para pemimpin dunia untuk mengambil tindakan terhadap apa yang berlaku di Syria.

Konvoi Conscience yang berlepas dari Istanbul, tiba ke Ibu negara Ankara untuk menyuarakan suara beribu-ribu wanita yang disiksa di penjara-penjara di Syria.

Beratus-ratus wanita yang akan menyelesaikan perjalanan mereka di Hatay pada Hari Wanita Sedunia 8 Mac, menghabiskan malam di Masjid Ahmet Hamdi Akseki.

Para wanita tersebut, pada pagi hari kembali menyeru kepada dunia melalui pengumumam akhbar, mereka menyatakan bahawa dengan mendirikan sebuah delegasi atau kumpulan mesyuarat yang akan berkomunikasi dengan para pemimpin dunia, mungkin boleh mempengaruhi Bashar Assad, ketua rejim Syria.

''Jika mekanisme Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak, kami yakin suara kami akan mendapat sambutan yang konkrit." kata mereka kepada akhbar.

Perwakilan Konvoi Conscience kemudian diterima oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Kompleks Kepresidenan.

Pertemuan tersebut juga dihadiri oleh Isteri Presiden Erdoğan, Emine Erdoğan.

Konvoi tersebut disokong oleh beribu-ribu wanita dari pelbagai budaya dari 55 negara.

Konvoi yang terdiri daripada 60 bas telah dihantar ke Hatay oleh masyarakat Ankara.



Berita Terkait