Satu Tentera Turki Gugur dan 1062 Pengganas Dineutralkan dalam Operation Olive Branch

Bilangan pengganas yang telah dineutralkan dalam Operation Olive Branch meningkat kepada 1062.

Satu Tentera Turki Gugur dan 1062 Pengganas Dineutralkan dalam Operation Olive Branch

Angkatan Tentera Turki (TSK) mengumumkan bahawa seorang tentera yang mengambil bahagian dalam Operation Olive Branch di Afrin, Syria, terbunuh.

Sebuah kenyataan yang dibuat oleh TSK berkata ''Dalam skop Operation Olive Branch, pada 09 Februari 2018, seorang tentera pahlawan kami gugur dalam operasi yang dilancarkan terhadap pertubuhan pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh di Afrin''.

Sedangkan bilangan pengganas yang telah dineutralkan dalam Operation Olive Branch meningkat kepada 1062.

Pesawat-pesawat tempur Turki, menyerang sasaran milik pertubuhan pengganas PYD/PKK di wilayah Afrin, Syria.

Dalam operasi udara, 19 sasaran termasuk diantaranya Gunung Bafilun yang terletak  di barat daya Gunung Burseya yang dalam kawalan TSK dan Free Syrian Army, telah digempur.

Staf Umum Turki melaporkan bahawa bilangan pengganas ahli PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh yang telah dineutralkan dalam Operation Olive Branch mencapai 1062.

Kenyataan itu berkata bahawa operasi berterusan seperti yang dirancang.



Berita Terkait