Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 9 Februari 2018

Ringkasan Akhbar Turki

 

 

Akhbar Star: ''Erdoğan: semua ini hanyalah pemanasan''

Pada sebuah mesyuarat kumpulan di Parlimen Turki (TBMM), Presiden Recep Tayyip Erdoğan menegaskan bahawa Syria, Iraq dan tempat lain yang ada dalam geografi hati, tiada mempunyai perbezaan dengan tanah air, beliau berkata ''Mereka yang menyangka kita telah menghapus wilayah-wilayah ini yang kita rebut dengan penuh air mata satu abad lalu, mereka keliru. Apa yang kita lakukan setakat ini belum boleh dibilang sebagai pemanasan. Kami akan membuat langkah kami yang utama dalam tempoh yang akan datang''.

 

Akhbar Sabah: ''Perbualan telefon Erdoğan dengan Rouhani''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden Iran Hassan Rouhani mengadakan perbualan telefon. Erdoğan dan Rouhani menyatakan kepuasan mereka atas meningkatnya kerjasama antara Turki dan Iran dalam isu-isu keselamatan dan memerangi keganasan. Erdoğan dan Rouhani telah bertukar pendapat mengenai perkembangan terkini mengenai isu Syria.

 

Akhbar Yeni Şafak: "Ağbal menjelaskan ramalan pertumbuhan"

Menteri Kewangan Naji Ağbal, di Perhimpunan Besar Negara Turkey (Parlimen) berkata, menjelaskan ramalan pertumbuhan, "kesan langkah-langkah yang telah kita ambil pada tahun 2017 terus memberi kesan positif. Kami telah meramalkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada 2018. Angka-angka pertama menunjukkan bahawa trend pertumbuhan dalam ekonomi terus berlanjut, inflasi sudah mula turun, "katanya.

 

Akhbar Star: "Pengeluaran perindustrian menyaksikan puncak "

Menurut laporan Turkey Statistik Institute (TSI), pengeluaran perindustrian daripada petunjuk perintis pertumbuhan,mencapai puncak 7 tahun pada bulan Disember dengan bertambah 8.7 peratus. Anggaran pertumbuhan selepas angka di atas jangkaan telah bergerak lebih dari 7 peratus.



Berita Terkait