Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 3 Januari 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: ''Ekspor pecahkan rekod''

Menurut data Kementerian Kastam dan Perdagangan, pada tahun 2017, eksport mencapai tahap tertinggi kedua dalam sejarah Republik dengan nilai 157,1 miliar dolar. Eksport pada bulan Disember 2017 mencapai tahap tertinggi dalam semua eksport Disember, senilai 13 bilion 881 juta dolar. Mengikut data tersebut, volum perdagangan asing meningkat sebanyak 19.85 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu iaitu 37 bilion 334 juta dolar.

 

Akhbar Star: ''Ghannouchi: Turki telah memusnahkan perangkap satu-persatu''

Pemimpin Gerakan Nahda, bekas Perdana Menteri Tunisia, Rashid Ghannouchi, mengatakan bahawa rakyat Turki memberikan pelajaran demokrasi kepada dunia dalam percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016. Ghannouchi dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar, berkata bahawa Turki yang kuat melawan percubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh organisasi pengganas Fetullahist (FETÖ), telah memecahkan perangkap yang ditujukan ke atasnya satu persatu.

 

Akhbar Vatan: "Terlihat di Turki buat kali pertama''

Spesies ikan yang hidup di perairan tropika,nama saintifik "Priacanthus Sagittarius" dan kerana saiz mata yang besar diberi nama "mandagöz", buat kali pertama ditemui di pantai Mersin, Turki. Ahli Fakulti Perikanan Universiti Akdeniz  Assoc. Dr. Mehmet Gökoğlu, melaporkan bahawa ikan mandagöz dari Laut Merah pertama kali ditangkap di perairan Kepulauan Dana di Mersin selepas mula-mula dilihat di Israel  kemudian di Mesir. 
 

Akhbar Yeni Şafak: "Makanan rerumputan Aegean akan diperkenalkan pada festival"

Kajian telah dimulakan untuk perayaan festival untuk pengenalan beberapa makanan yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan seperti akkız, chicory, rambut arab, herba lobak, timun laut, jelatang menyengat, kaki angsa, herba hitam, dari wilayah Ayvalık, Balıkesir yang digambarkan sebagai wilayah kaya rerumputan di Turki, untuk dipindahkan ke generasi masa depan dan menyumbang kepada pelancongan gastronomi. Melih Çakırca, Presiden Dewan Perniagaan dan Pengrajin Ayvalık, menyatakan bahawa pekerjaan mereka masih berterusan untuk "Festival Rumput" pada bulan-bulan musim bunga.



Berita Terkait