Turki dan Thailand Tandatangani Perjanjian Bidang Pelancongan

Perjanjian muhibah antara Turkish Airlines (THY) dan kerajaan Thailand ditandatangani dalam skop peningkatan pelancongan antara Turki dan Thailand.

Turki dan Thailand Tandatangani Perjanjian Bidang Pelancongan

Upacara penandatanganan yang dihadiri oleh Tuncay Eminoğlu, Naib Presiden Pemasaran THY Asia dan Timur Jauh dan Sisuda Wanapinyosak, Naib Presiden Pemasaran Antarabangsa, yang mewakili Kerajaan Thailand, telah diadakan di "Pameran Pelancongan Dunia" di London, ibukota Great Britain.

Berikutan upacara itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul mengunjungi stand THY, yang dibuka di area luas pada pameran itu, dan menandatangi model pesawat THY.

Dengan perjanjian satu tahun ini, bertujuan untuk meningkatkan pelancongan, budaya, gastronomi dan pelancongan sejarah di antara kedua-dua negara.

Ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Turki dengan Thailand yang jatuh pada tahun 2018 diharapkan akan saling menghidupkan bidang pelancongan antara kedua-dua negara.



Berita Terkait