Presiden Recep Tayyip Erdoğan akan melakukan Lawatan Rasmi ke Ukraine

Presiden Recep Tayyip Erdoğan, akan melakukan lawatan rasmi ke Ukraine pada Isnin 9 Oktober untuk mesyuarat keenam Majlis Strategik Peringkat Tinggi Turki-Ukraine.

Presiden Recep Tayyip Erdoğan akan melakukan Lawatan Rasmi ke Ukraine

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Pusat Penerbitan Presiden, melaporkan bahawa  mesyuarat yang akan dipimpin oleh Presiden Erdoğan dan Presiden Petro Poroshenko, yang akan disertai oleh menteri-menteri berkaitan yang akan diadakan di Kiev tersebut akan menangani isu-isu dua hala dan serantau semasa secara komprehensif. 

Presiden Erdoğan yang akan melakukan temu bual dengan Ketua Parlimen Andriy Paruby dan Perdana menteri Volodimir Groysman di Kiev itu, juga akan menerima wakil rakyat Ukraine.

Semasa lawatan itu, juga akan menilai peluang perniagaan baru untuk memperkukuhkan hubungan perkongsian strategik dengan Ukraine dan pelbagai perjanjian dan protokol akan ditandatangani ke arah ini.

Di samping itu, juga akan bertukan pendapat kepada isu Crimean dan keadaan saudara mara Tatar Krimea.



Berita Terkait