Rakyat Turki Menang Melawan Rampasan Kuasa

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa sebuah kumpulan minoriti di dalam Angkatan Bersenjata Turki (TSK),menembaki bangsa dengan senjata milik bangsa.

Rakyat Turki Menang Melawan Rampasan Kuasa

Presiden Erdoğan,membuat pernyataan seraya berkata bahawa percubaan rampasan kuasa gagal,

''Kita akan berdiri tegak. Bangsa kita juga harus berdiri tegak demi kita. Bersabarlah.'' katanya.

Presiden,

''Ini merupakan karunia Allah yang besar kepada kita. Hal ini akan menjadi petunjuk untuk membersihkan TSK dari mereka'' katanya.

Erdoğan mengumumkan bahawa penangkapan kolonel,letnan kolonel dan mayor telah bermula.

Erdoğan,

''Tampak jelas bahawa mereka adalah sebuah organisasi pengganas bersenjata.

Mereka menembaki bangsa dengan senjata-senjata milik bangsa. Tank-tank ini bukan milik mereka. Tank-tank ini dipercayakan kepada mereka. Dan mereka telah mengkhianati kepercayaan itu," katanya.

Presiden Erdoğan juga memberitahukan bahawa hotel di Marmaris dimana beliau tinggali,di bom selepas beliau meninggalkan hotel tersebut.

Perdana Menteri Turki Binali Yıldırım mengatakan bahawa mereka (rakyat) yang berjaga melawan percubaan rampasan kuasa oleh FETÖ (Organisasi Pengganas Pendukung Fetullah) hingga pada pagi hari kehidupan menjadi normal kembali adalah ‘’Bangsa Turki yang sebenarnya’’.

Yıldırım juga menyatakan bahawa mulai saat ini,15 Julai menjadi Hari Demokrasi Turki.

Yıldırım berbelasungkawa atas gugurnya pasukan keamanan dan warga sipil yang kehilangan nyawa dalam membela demokrasi .

Binali Yıldırım juga menyatakan bahawa peristiwa ini sekali lagi menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa turki memiliki pengalaman yang luas dalam bidang demokrasi,rakyat dengan bendera di tangannya dan berbaring didepan tank-tank juga mereka yang kehilangan nyawa,tidak akan terlupakan.

Yıldırım juga berterimakasih atas pesan moral yang datang dari semua negara sahabat.

Perdana Menteri Turki yang mengumumkan bahawa anggota perkumpulan pengganas sudah berada di tangan pengadilan,berkata;

‘’Mereka akan mendapat hukuman yang setimpal’’ katanya.

Yıldırım juga berkata: ‘’Mereka yang menembaki rakyat dengan pesawat,helikopter dan tank milik bangsa,lebih rendah ahlaknya daripada anggota organisasi pengganas PKK’’.

‘’Mereka yang melakukan percubaan perebutan kuasa sekali lagi harus memahami bahawa tidak ada seorangpun yang bisa mempermainkan bangsa ini yang memiliki kemauan besar,kecintaan terhadap demokrasi tidak akan pernah bisa diukur dengan pengharapan kebebasan’’ ujarnya.

Rakyat Turki bersatu berperang untuk demokrasi dan berhasil menang melawan percubaan rampasan kuasa oleh militer di Turki.



Berita Terkait