Dunia Bola Sepak Berduka

Polis British mengumumkan bahawa mereka mendapati mayat itu adalah milik Sala...

2019-02-07T231141Z_983758406_RC1C17E0F5E0_RTRMADP_3_SOCCER-SALA-CRASH.JPG

Bangkai pesawat yang didalamnya terdapat pemain bola sepak Argentina Emiliano Sala dan juruterbang, telah ditemui dan mayat-mayat yang tak dikenal telah dikeluarkan.

Polis British mengumumkan bahawa mereka mendapati mayat itu adalah milik Sala...

Pesawat bermuatan 2 orang yang berlepas dari Nantes, Prancis, ke Cardiff, ibu kota Wales pada 21 Januari tersebut, dinyatakan hilang di English Channel.

Pada 4 Februari, bangkai pesawat beserta mayat didalamnya telah ditemui.

Polis Dorset di barat daya England dalam satu kenyataan bertulis, menyatakan bahawa mayat yang dikeluarkan dari laut tersebut adalah milik Emiliano Sala, yang berusia28 tahun. 

Selepas berita ini, dunia bola sepak sekali lagi berada dalam kesedihan.

Kelab lama Sala Nantes dan terutama Cardiff City mempublikasikan mesej takziah untuk pemain bola sepak tersebut.

Kerja mencari dan menyelamat yang dimulakan selepas pesawat hilang dihentikan selepas tiga hari. Pasukan carian khas yang dibiayai keluarga Emiliano Sala dan ramai pemain bola sepak terkenal telah bekerja.



Berita Terkait