Pele Peringatkan Neymar atas Tingkah Lakunya di Padang

Pele, pemain bola sepak Brazil yang melegenda, memberi amaran kepada Neymar.

Pele Peringatkan Neymar atas Tingkah Lakunya di Padang

 

Pele, pemain bola sepak Brazil yang melegenda, memberi amaran kepada Neymar.

Pemain bola sepak legenda, Pele, mengatakan bahawa ia tidak akan membela Neymar, yang pada perlawanan-perlawanan baru-baru ini, menjatuhkan dirinya ke tanah secara berlebihan dan oleh sebab itu mendapat kritikan yang sangat keras.

‘’Saya telah bercakap dengan Neymar dan mengingatkannya bahawa dia harus menggunakan kemahirannya di padang. Saya memberitahu dia untuk tidak mengkhianati bakat yang ia punyai sedari lahir, dengan tingkah lakunya di padang." Kata bekas pemain bola sepak asal Brazil.

Menegaskan bahawa Neymar lebih berbakat daripada Mbappe, rakan sepasukannya, Pele menggarisbawahi bahawa pemain bola sepak Perancis lebih digemari di Eropah daripada Neymar.

Pele berkata bahawa Mbappe mempunyai kesamaan dengan dirinya, ‘’Terdapat kesamaan diantara kita, dan ini benar. Kami berdua menjaringkan gol dalam final Piala Dunia sebelum berusia 20 tahun dan kami memenangi piala ini,’’ katanya.

 

 

 

 

 



Berita Terkait