UEFA Minta Israel Tidak Menayangkan Perlawanan Bola Sepak Piala Eropah 2020 dan Piala Dunia 2022

UEFA meminta Lembaga Penerbitan Awam Israel (KAN) untuk tidak menayangkan perlawanan-perlawanan bola sepak yang akan dimainkan pada Piala Eropah 2020 dan Piala Dunia 2022, di tempat-tempat pemukiman haram Yahudi yang terletak di Tebing Barat yang diduduki

UEFA Minta Israel Tidak Menayangkan Perlawanan Bola Sepak Piala Eropah 2020 dan Piala Dunia 2022

UEFA meminta Lembaga Penerbitan Awam Israel (KAN) untuk tidak menayangkan perlawanan-perlawanan bola sepak yang akan dimainkan pada Piala Eropah 2020 dan Piala Dunia 2022, di tempat-tempat pemukiman haram Yahudi yang terletak di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut berita yang dimuat pada akhbar Israel berkata bahawa pihak berkuasa Lembaga Penerbitan Awam Israel (KAN), mengesahkan bahawa UEFA meminta agar lembaga-lembaga tidak menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Eropah dan Piala Dunia di tempat pemukiman Yahudi, dan rundingan dengan UEFA mengenai isu itu, belum mendapat sebarang hasil.

Di samping itu, banyak yang berkomentar bahawa UEFA telah mengambil keputusan ini kerana menganggap Tebing Barat yang diduduki adalah wilayah Palestin.

Pihak berkuasa Lembaga Penerbitan Awam Israel (KAN), mengatakan jika UEFA tidak mengambil langkah mundur terhadap keputusannya, maka mereka (KAN) tidak akan menandatangani perjanjian hakhak penyiaran.

Yerusalem Timur dan Tebing Barat telah diduduki oleh Israel sejak tahun 1967.

Israel yang memisahkan kedua-dua kawasan ini dengan dinding yang dibinanya, menghalang laluan rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat, untuk pergi ke Yerusalem Timur.

Di Tebing Barat, Israel yang sejak tahun 1967 menduduki,  telah menubuhkan 131 unit pemukiman, manakala di bahagian atas Tebing Barat, 116 kawasan pemukiman telah ditubuhkan.

Kira-kira 500 ribu penduduk tinggal di pemukiman di Tebing Barat dan 220 ribu peneroka tinggal di Yerusalem Timur.

Dalam undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap tidak sah.

Tebing Barat yang merupakan tanah Palestin, diduduki Israel pada Perang Enam Hari yang berlaku pada tahun 1967.

Masyarakat antarabangsa, khususnya PBB, menganggap Tebing Barat sebagai wilayah Palestin yang diduduki.



Berita Terkait