Pendaki Double Amputee Berjaya Mencapai Puncak Everest

Anak lelaki Xia Boyu, Cloud Boyu, melalui WeChat berkongsi mesej yang mengumumkan bahawa ayahnya telah mencapai puncak Everest.

Pendaki Double Amputee Berjaya Mencapai Puncak Everest

Seorang pendaki double amputee asal China berusia 69 tahun, Xia Boyu, pada percubaan kelima berjaya memanjat Gunung Everest di Nepal.

Anak lelaki Xia Boyu, Cloud Boyu, melalui WeChat berkongsi mesej yang mengumumkan bahawa ayahnya telah mencapai puncak Everest.

''Ayah saya telah sampai ke Everest. Beliau telah merealisasikan impiannya selama 40 tahun'' kata Cloud.

Xia yang merupakan ahli Pasukan Pendaki Nasional China, pada percubaan pertamanya di tahun 1975, walaupun sangat mendekati puncak namun beliau harus kembali kerana keadaan cuaca buruk, dan telah kehilangan kedua-dua kakinya akibat radang sejuk yang teruk.



Berita Terkait