Murray Menarik Diri dari Kejohanan

Pemain tenis Great Britain Andy Murray mengumumkan penarikannya dari Kejohanan Tenis Brisbane Antarabangsa akibat kecederaan yang dialaminya.

Murray Menarik Diri dari Kejohanan

Murray, bekas pemain nombor 1 dunia dalam lelaki tunggal, telah memutuskan untuk menarik diri dari Kejohanan Brisbane di Australia kerana kecederaan yang dialaminya.

Pemain tenis berusia 30 tahun menyatakan dilaman web kejohanan, bahawa dia mahu membuat permulaan yang kuat untuk musim ini dan kecewa dengan keputusan untuk menarik diri tersebut.

Murray, yang telah jauh dari lapangan sejak Julai, turun ke kedudukan ke-16 dalam ranking dunia.

Kejohanan grand slam pertama musim ini ialah Australia Terbuka, akan bermula pada 15 Januari.



Berita Terkait