Lukisan 'Girl with the Balloon' terjual dengan Harga 1.4 Juta Dolar

Lelongan yang dibuka dengan harga 1.04 juta sterling (1.4 juta dolar) tersebut telah ditemukan pembelinya.

Lukisan 'Girl with the Balloon' terjual dengan Harga 1.4 Juta Dolar

Karya seniman Inggeris Banksy, yang bernama"Girl with the Balloon" dilelong di Rumah Lelong Sotheby di London, ibu negara England.

Lelongan yang dibuka dengan harga 1.04 juta sterling (1.4 juta dolar) tersebut telah ditemukan pembelinya.

Tepat selepas jualan, dengan bekerjanya mesin pencincang kertas yang tersembunyi di dalam bingkai, gambar itu terpotong-potong. 

Selepas proses penggilingan selesai dalam masa yang singkat, separuh dari karya tersisa di luar bingkai.

Kemudian Banksy, melalui akaun Instagram, dengan berkongsi video yang menunjukkan kemusnahan lukisan tersebut, ia menuliskan,

"Saya meletakkan penggiling didalam lukisan tersebut beberapa tahun lalu, terhadap kemungkinan penjualan di lelongan''.

Dalam paparan video, terlihat orang-orang di dewan lelong tidak dapat menyembunyikan kebingungan mereka kerana mereka melihat lukisan tersebut hancur.

Apabila Rumah Pelelongan Sotheby memulakan siasatan mengenai kejadian itu, tidak didedahkan siapa yang membeli lukisan itu.



Berita Terkait