Umat Muslim di Seluruh Dunia Merayakan Idul Adha

Pada hari pertama Perayaan Hari Raya Idul Adha, umat Islam berbondong-bondong ke masjid-masjid untuk melaksanakan solat Ied.

Umat Muslim di Seluruh Dunia Merayakan Idul Adha

Umat ​​Islam di seluruh dunia merayakan Hari Raya Idul Adha.

Pada hari pertama Perayaan Hari Raya Idul Adha, umat Islam berbondong-bondong ke masjid-masjid untuk melaksanakan solat Ied.

Sejumlah 27 masjid di Australia menjadi tuan rumah bagi beribu-ribu umat Islam daripada latar belakang etnik yang berbeza yang ingin solat Ied.

Di Bangsamoro di Pulau Mindanao, Filipina, orang ramai berkunjung ke masjid untuk solat Ied.

Orang Islam yang tinggal di Marawi memenuhi Stadium Universiti Negeri Mindanao untuk solat berjemaah.

Kyrgyzstan juga telah melaksanakan solat Idul Adha.

Di Bishkek, ibukota Kyrgyzstan, ribuan umat Islam berkumpul di alun-alun di hadapan bangunan Perdana Menteri untuk melaksanakan solat Ied.

Ramai umat Islam yang datang ke Masjid Jumaat Tbilisi ibu negara Gurcistan untuk melaksanakan solat Ied, terpaksa melaksanakan solat diluar masjid kerana orang ramai telah memenuhi masjid.

Umat Muslim di Stockholm, ibukota Sweden, juga telah melaksanakan solat Hari Raya di Masjid Agung Fittja di Stockholm.

Di negara-negara Balkan, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Montenegro, Croatia, Macedonia, Kosovo dan Albania Hari Raya disambut dengan penuh semangat.

Beribu-ribu orang Islam yang tinggal di negara-negara Balkan berbondong-bondong ke masjid-masjid pada waktu pagi untuk solat berjemaah.

Umat Islam yang tinggal di Ulan Bator, ibukota Mongolia, melaksanakan solat Hari Raya berjemaah di ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama.



Berita Terkait