Akhbar Papan Tulis ''Daily Talk'' di Liberia

Akhbar jalanan yang disusun di atas papan tulis setiap hari di Liberia, telah bertemu para pembaca selama 17 tahun.

Akhbar Papan Tulis ''Daily Talk'' di Liberia

Rakyat Liberia membaca berita dari ''papan tulis'' selama 17 tahun...

Akhbar jalanan yang disusun di atas papan tulis setiap hari di Liberia, telah bertemu para pembaca selama 17 tahun.

Akhbar Daily Talk, yang disusun di atas papan tulis, terletak di tepi jalan berhampiran pusat bandar di ibu negara Monrovia, memuat berita berbahasa Inggeris dan bertemu dengan para pembaca yang lalu lalang di jalan secara percuma.

Alfred J. Sirleaf, Penyusun Akhbar Daily Talk, menyatakan bahawa sejak tahun 2000 hingga setakat ini, telah mempertemukan pembaca dengan berita-berita kebangsaan dan antarabangsa setiap hari.

''Akhbar kami yang kami sediakan di atas papan tulis, memulakan penyiaran dengan tujuan menawarkan berita percuma kepada rakyat Liberia. Matlamat kami adalah untuk mendidik dan memberi informasi ke atas orang-orang kami mengenai peristiwa di negara dan dunia." katanya.

Sirleaf yang menyatakan bahawa akhbar itu diterbitkan satu halaman di papan tulis, menegaskan bahawa dari segi penerbitan dan kandungan akhbar jalanan tidak mempunyai perbezaan dari akhbar biasa .

Sirleaf menyatakan bahawa pemasukan akhbar jalanan The Daily Talk hanya dari beberapa iklan, beliau berkata mereka menuliskan iklan beberapa syarikat pada bahagian iklan di papan tulis dan pihak syarikat menyokongnya dengan kamera, kertas atau produk alat tulis.

Sirleaf berkata bahawa akhbar itu memiliki tim yang terdiri daripada 7 orang dan wartawan sukarelawan dari pelbagai bahagian negara juga menghantar berita untuk dimuat.

''Orang ramai yang melintas disini, mereka yang akan pergi bekerja atau sedang menunggu di jalan yang macet, mereka membaca berita kami selama beberapa minit dan mereka boleh mendapat informasi apa yang sedang menjadi agenda." katanya.

Elkannah Johnson, pembaca akhbar itu, mengatakan bahawa kadang-kadang berita di papan tulis lebih dulu menyiarkan berita terupdate sebelum saluran media penyiaran menyiarkannya..



Berita Terkait