Kuih Mochi Renggut Dua Nyawa

Mochi, hidangan tradisional tahun baru di Jepun, telah merenggut dua nyawa.

Kuih Mochi Renggut Dua Nyawa

Menurut berita televisyen Jepun, NHK, 15 orang yang mengalami gagal bernafas semasa memakan mochi, dihantar ke hospital.

Dua daripada mereka yang dihantar ke hospital, tidak tertolong.

Dibuat dari beras yang kaya dengan gluten, mochi mempunyai tempat penting pada menu Tahun Baru Jepun. Mochi yang dibuat dengan beras yang ditumbuk hingga menjadi tepung atau dididihkan untuk waktu yang lama, dimakan dengan dipanggang atau dididihkan dalam sup. Mochi yang dimakan dengan kicap manis atau rumpai laut, memiliki tekstur yang lengket sehingga jika dimakan sekaligus boleh menyangkut di kerongkongan dan boleh menyebabkan kegagalan pernafasan.

Setiap tahun, menjelang perayaan Tahun Baru, kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kepada orang ramai terutamanya orang tua dan kanak-kanak untuk memakan mochi dengan potongan kecil. 

Para pakar juga menegaskan bahawa mochi tidak boleh dimakan sendiri dan harus benar-benar dikunyah sebelum ditelan.



Berita Terkait