Legenda Anatolia 50 (Bitlis)

Di Legenda Anatolia kali ini, kami akan menyampaikan cerita dari Bitlis, sebuah bandar yang indah, yang terletak di Anatolia Timur.

Legenda Anatolia 50 (Bitlis)

Nama bandar Bitlis dipercayai berdasarkan Bedlis dari para komander Alexander Besar. Bandar Bitlis mempunyai nama yang sama dengan istana besar yang dibina di tepi sungan di tebing yang tinggi. Ia adalah sebuah bandar yang indah dengan geografi yang menarik di Anatolia Timur.

Alexander Besar dalam ekspedisi besarnya dari Macedonia, dia mengalahkan Persia di Anatolia dua kali. Ia terus bergerak ke arah timur. Pada masa ini, ia berada di pinggir sungai di mana hari ini adalah Bitlis. Semasa tentera tinggal berehat, Alexander keluar dengan kawan-kawannya yang paling dekat untuk berburu. Ketika memikirkan untuk berburu Rusa, kijang, ia merasa lelah, tertidur di tepi sungai.  Air penyembuhan ini mengurangkan penyakit yang telah ia alami dalam jangka masa yang lama. Alexander Besar, yang telah sembuh dari penyakitnya, memutuskan untuk tinggal di sini sementara waktuDia memanggil Bedris komandannya, dia memberitahu untuk menubuhkan sebuah istana di bukit dekat mata air ini dan akan datang ke sini dalam perjalanan pulang dari kempen Iran.

Istana yang akan dibangun harus kuat bahkan diapun tidak boleh menaklukkannya. Komander dengan para askar memperkerjakan orang-orang dirantau itu.  Mereka membina istana Bitlis. Beberapa tahun berlalu selepas Alexander Besar menakluki semua Iran, ia juga berusaha untuk menaklukan Pakistan dan India. India gagal ditaklukinya. Dia melihat cukup kejayaan yang telah dicapai dan kembali dalam perjalanannya. Selepas perjalanan panjang ia datang kehadapan Bitlis. Komander menutup pintu bandar Bedris dan pergi ke pertahanan.

Alexander Besar merasa terkejut, terlupa perintah yang dia berikan kepadanya, komander yang berjaya yang menakluki dunia apakah tidak akan mendapatkan istana yang kecil ini. Walau bagaimanapun, selepas setahun berlalu, ia tetap tidak boleh menaklukkan istana itu. Alexander besar merasa sangat marah. Akhirnya dia menjemput Bedlis untuk bertemu ditembok istana. Ia bertanya mengapa dia memberontak terhadap bandar ini. Komander berkata "Tuan, anda masih menjadi raja saya. Tetapi anda telah menugaskan saya untuk membina istana yang kuat yang tidak bisa tertaklukkan. Saya hanya memenuhi pesanan anda''katanya. Alexander Besar teringat apa yang telah ia perintahkan kepada komander tersebut. ia memerintahkan untuk mengangkat pengepungan, memberikan penghargaan kepada komander dan menghormatinya. Pada hari itu bandar Bitlis dikenali dengan nama komander itu. Suatu hari jika perjalanan anda jatuh ke Anatolia Timur, kami berharap anda boleh mengunjungi bandar Bitlis yang memiliki alam semula jadi yang sangat menakjubkan, yang terletak sangat dekat dengan Van Lake.



Berita Terkait