Mula Januari 2019, Qatar Tarik Diri Dari OPEC

Qatar mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), pada Januari 2019.

Mula Januari 2019, Qatar Tarik Diri Dari OPEC

 

Qatar mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), pada Januari 2019.

Menteri Tenaga Qatar, Saad al-Kaabi, menyatakan bahawa Qatar kini akan melakukan jual-beli minyak seperti negara-negara lain, dan akan memenuhi komitmen semasa yang berpunca dari OPEC sehingga 19 Januari 2019.

"Kami akan menarik diri dari OPEC mulai bulan Januari 2019. Kami telah memaklumkan keputusan kami ke OPEC pagi ini. Kami akan terus mematuhi semua komitmen kami, seperti mana-mana negara bukan ahli OPEC,’’ kata Menteri Tenaga Qatar al-Kaabi, yang mengumumkan keputusan Qatar akan menarik diri daripada keahlian OPEC.

Menteri Qatar, Al-Kaabi menyatakan bahawa pemergian Qatar akan memberi kesan yang kecil terhadap keputusan-keputusan pengeluaran minyak OPEC.

"Tidak mudah untuk meninggalkan OPEC, kami telah menjadi ahli OPEC selama 57 tahun," katanya.

Berikutan kenyataan Qatar ini, OPEC dijangka akan mengadakan satu kemuncak pada 6 Disember.

Selepas penyatan mundurnya Qatar daripada OPEC ini, harga minyak meningkat sebanyak 5 peratus.

Minyak jenis Brent didagangkan pada 62 dolar per barel pada waktu pagi.



Berita Terkait