AS akan Berikan Bantuan Percuma 65 Juta Dolar ke Mesir

Perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Pelaburan dan Bantuan Antarabangsa Mesir, Sahar Nasr dan Presiden USAID untuk Mesir, Sherry Carlin di ibu negara Kaherah.

AS akan Berikan Bantuan Percuma 65 Juta Dolar ke Mesir

Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID) Amerika Syarikat (AS), akan memberikan bantuan percuma ke Mesir senilai $ 65 juta.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementrian Pelaburan dan Bantuan Antarabangsa Mesir, menyatakan bahawa bantuan tersebut akan digunakan untuk perkhidmatan infrastruktur dan kesihatan di 7 wilayah di selatan Mesir.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Pelaburan dan Bantuan Antarabangsa Mesir, Sahar Nasr dan Presiden USAID untuk Mesir, Sherry Carlin di ibu negara Kaherah.

Menteri Nasr menganggap perjanjian itu sebagai ‘’sebuah bukti perkongsian strategik dan perkongsian ekonomi’’ antara Mesir dengan AS.

Sedangkan Carlin berkata bahawa USAID mempunyai pakej perkhidmatan $ 30 bilion untuk menyokong kesihatan, pendidikan dan lowongan pekerjaan di Mesir.

Bantuan percuma $ 65 juta yang diberikan AS, dilaporkan akan digunakan di Asyot, Suhac, Gına, Luksor, Asvan, Beni Suveyf dan Minye, wilayah-wilayah selatan Mesir yang dikenali sebagai "Said’’.



Berita Terkait