Turki Mendapat Sokongan dari Jerman

Menteri Ekonomi Jerman Peter Altmaier, dalam satu temu bual dengan akhbar Bild, menekankan tentang pentingnya Turki.

Turki Mendapat Sokongan dari Jerman

Berikutan ketegangan mengenai sekatan dengan Amerika Syarikat (AS), Turki mendapat sokongan dari Jeman.

Menteri Ekonomi Jerman Peter Altmaier, dalam satu temu bual dengan akhbar Bild, menekankan tentang pentingnya Turki.

"Bagi Eropah, Turki adalah keselamatan dan kebolehpercayaan." Katanya.

Ia mengingatkan bahawa terdapat 7000 syarikat-syarikat Jerman yang menjalankan perniagaan di Turki.

Beliau berkata bahawa  pembangunan hubungan perdagangan dua hala adalah demi kepentingan negara.

Altmaier mengkritik Trump yang menggesa negara-negara lain untuk menerapkan sekatan terhadap Iran seperti yang akan dilakukan oleh pentadbiran AS.

"Hubungan komersil kami tidak boleh ditentukan oleh Washington," katanya.

Altmaier berkata mereka akan berpegang kepada perjanjian nuklear dan setiap syarikat Jerman boleh berdagang dengan Iran.



Berita Terkait