China Menjanjikan Kredit Kepada Negara-Negara Arab

Kepala Negara China, Xi Jinping, menjanjikan kredit lebih daripada 23 bilion dolar dan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Arab.

China Menjanjikan Kredit Kepada Negara-Negara Arab

Kepala Negara China, Xi Jinping, menjanjikan kredit lebih daripada 23 bilion dolar dan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Arab.

Pada ucapannya di persidangan di ibu negara Beijing yang dihadiri para pemimpin Arab, Xi mengatakan bahawa ia berjanji akan memberikan kredit lebih daripada 23 bilion dolar dan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Arab, 91 juta daripadanya akan diberikan kepada Syria, Yaman, Jordan dan Lubnan sebagai bantuan kemanusiaan.

Kepala Negara China, yang menyatakan bahawa 151 juta dolar lagi akan diperuntukkan bagi projek-projek bantuan, berkata:

"Negara-negara China dan Arab harus mewujudkan sinergi dalam strategi pembangunan mereka dalam mengejar impian pemodenan."

Xi Jinping menambah bahawa China menyokong pembinaan rangkaian logistik masa depan yang menghubungkan Asia Tengah dengan Afrika timur, dan Lautan Hindi dengan Mediterranean.



Berita Terkait