Wakil Menteri Jepun Letak Jawatan Berikutan Tuduhan Penderaan Seksual

Peletakan jawatan Fukuda diumumkan oleh Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso.

Wakil Menteri Jepun Letak Jawatan Berikutan Tuduhan Penderaan Seksual

Wakil Menteri Kewangan Jepun, Junichi Fukuda yang dituduh melakukan penderaan seksual kepada para wartawan wanita, meletak jawatan.

Fukuda yang tidak menerima tuduhan tersebut, berkata beliau telah meletak jawatan untuk 'membuktikan kebenaran atas dirinya'.

Peletakan jawatan Fukuda diumumkan oleh Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso.

''Fukuda menyerahkan peletakan jawatannya dengan menyatakan bahawa beliau kesulitan memenuhi tanggungjawabnya selepas munculnya berita-berita itu. Dia mahu membersihkan namanya. Saya pun menerima peletakan jawatannya.'' kata Aso dalam kenyataanya kepada wartawan.



Berita Terkait