Ladang Minyak Terbesar Libya Berhenti Operasi

Produksi di ladang minyak terbesar Libya, berhenti.

Ladang Minyak Terbesar Libya Berhenti Operasi

Menurut berita agensi Bloomberg berdasarkan sumber-sumber pihak berkuasa, produksi di Al-Sharara yang merupakan ladang minyak terbesar Libya, telah dihentikan.

Berita yang melaporkan bahawa produksi berhenti selepas beberapa saluran paip dari ladang minyak ke terminal di bandar Al-Zaviya ditutup pada hari Ahad, tidak ada maklumat yang diberikan mengenai sebab dan berapa lama keadaan ini akan berlangsung.

Sejak 1 Mac, jumlah produksi minyak di Libya adalah 1,1 juta barel perhari, manakala 300 ribu daripadanya disediakan oleh minyak yang diproduksi di Al-Sharara.

Di Libya yang dikuasai oleh pelbagai kumpulan bersenjata, sejak lama pihak-pihak tersebut berjuang untuk boleh menguasai Al-Sharara.



Berita Terkait