Kini Turki Boleh Mengeksport Sayur-Sayuran ke Rusia

Rosselhoznadzor memutuskan untuk menghapuskan larangan untuk delima, terung, cabai, daun selada, zucchini dan jenis lainnya dari Turki mulai 5 Mac.

Kini Turki Boleh Mengeksport Sayur-Sayuran ke Rusia

Rusia mengumumkan bahawa semua syarikat yang telah memenuhi persyaratan, bermula pada hari ini boleh membuat penghantaran sayur-sayuran dari Turki ke Rusia.

Jurucakap Agensi Pemeriksaan Produk Agraria Rusia (Rosselhoznadzor), Yuliya Melano, kepada wartawan berkata:

''Rosselhoznadzor memutuskan untuk menghapuskan larangan untuk delima, terung, cabai, daun selada, zucchini dan jenis lainnya dari Turki mulai 5 Mac. Alasannya adalah semasa penghantaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang kita izinkan tiada ada kerugian terhadap pertanian'' katanya.

''Semua syarikat yang ingin mengeksport produk-produk ini dari Turki ke Rusia, boleh melakukan penghantaran. Persyaratan wajib untuk hal ini adalah Kementerian Makanan dan Ternakan Turki memberi jaminan kepada produk-produk yang akan dihantar terkait kesihatan tumbuh-tumbuhan.'' ungkap Melano.

Penghantaran produk-produk tersebut dari Turki ke Rusia telah diharamkan pada 2016. Pengharaman yang berkuat kuasa selama dua tahun telah dihentikan oleh Rosselhoznadzor untuk syarikat-syarikat tertentu.



Berita Terkait