Mangsa Terbunuh akibat Empangan Pecah di Brazil Capai 165

Di Brazil, jumlah mereka yang mati akibat pecahnya empangan sisa tambang di provinsi Minas Gerais, yang berlaku pada 25 Januari, meningkat kepada 165.

Mangsa Terbunuh akibat Empangan Pecah di Brazil Capai 165

 

Di Brazil, jumlah mereka yang mati akibat pecahnya empangan sisa tambang di provinsi Minas Gerais, yang berlaku pada 25 Januari, meningkat kepada 165.

Melalui akaun media sosial institusi Pertahanan Awam Minas Gerais berkata bahawa bilangan kematian akibat bencana empangan lombong bijih besi di bandar Brumandinho, yang pecah pada hari Jumaat 25 Januari, telah meningkat kepada 165.

Identiti 156 orang yang telah dijumpai jasadnya telah dikenal pasti, sedangkan identiti 9 orang lainnya belum dikenal pasti, kata kenyataan itu, juga dilaporkan bahawa 138 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat insiden itu.

Pihak-pihak berkuasa mengumumkan bahawa kira-kira 170 orang masih hilang.

Kerajaan Brasil menuntut pemeriksaan terhadap semua empangan di negara ini selepas tragedi yang disebabkan oleh tumpahnya kira-kira 13 juta meter padu sisa lombong.

Sekitar 3,000 orang di bandar Brumadinho telah dipindahkan akibat pecahnya empangan sisa tambang.

Syarikat perlombongan Vale SA mengumumkan bahawa keluarga mangsa bencana akan diberikan wang sebesar 100 ribu real (26 ribu 400 dolar).

Lima jurutera yang terbabit dalam kejadian itu telah ditahan kerana kecuaian semasa pembinaan empangan itu.

Pada tahun 2015, di Mariana, Minas Gerais di negara itu, empangan sisa perlombongan, yang dioperasikan oleh Vale SA dan syarikat Australia BHP Billiton, pecah dan telah membunuh 19 orang dan beratus-ratus orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

 

 

 

 



Berita Terkait