Trump Calonkan Malpass Sebagai Presiden Bank Dunia

Sekiranya diluluskan oleh negara-negara di Lembaga Pengarah Bank Dunia, Malpass akan menggantikan Jim Yong Kim, yang meletak jawatan sebagai Presiden Bank Dunia pada Januari.

Trump Calonkan Malpass Sebagai Presiden Bank Dunia

 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencalonkan David Malpass, Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Kementrian Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), sebagai Presiden Bank Dunia.

Semasa pemerintahan George W. Bush dan Ronald Reagan, Malpass yang memegang jawatan penting di Kementrian Perbendaharaan, juga terkenal dengan kritikannya terhadap Bank Dunia.

Malpass juga berkhidmat sebagai ketua ahli ekonomi di bank pelaburan Bear Stearns yang bangkrut pada krisis 2008, dan menuduh pentadbiran Bank Dunia yang berpangkalan di Washington, telah melakukan rasuah dan salah urus Bank Dunia.

Malpass, yang terkenal mempunyai hubungan baik dengan Trump, dikatakan telah memainkan peranan penting dalam rundingan perdagangan tegang yang sedang berlangsung dengan China.

Sekiranya diluluskan oleh negara-negara di Lembaga Pengarah Bank Dunia, Malpass akan menggantikan Jim Yong Kim, yang meletak jawatan sebagai Presiden Bank Dunia pada Januari.

Media AS melaporkan bahawa Malpass disarankan kepada Trump oleh Menteri Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan anak perempuan Trump, Ivanka Trump.

 

 

 



Berita Terkait