Presiden Bank Dunia Letak Jawatan Bulan Hadapan

Kim, yang merupakan warganegara Amerika asal Korea, memulakan jawatan presidennya pada bulan Julai 2012.

Presiden Bank Dunia Letak Jawatan Bulan Hadapan

 

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim, mengumumkan akan meletak jawatan, yang ia jalankan selama 6 tahun, pada 1 Februari.

Menyampaikan pendapatnya di laman web Bank Dunia, Kim berkata bahawa adalah satu penghormatan besar, dapat berkhidmat sebagai presiden sebuah institusi luar biasa, penuh dengan individu yang bersemangat, berdedikasi ke arah misi untuk membasmi kemiskinan melampau di dunia.

‘’Walaupun di seluruh dunia kemiskinan semakin melampau, perubahan iklim, epidemik yang meningkat serta saiz dan kerumitan pelarian semakin meningkat, kerja-kerja Bank Dunia sangatlah mempunyai kepentingan daripada sebelumnya. Adalah satu keistimewaan yang besar untuk saya berkhidmat sebagai presiden institusi ini dan membantu institusi ini di tengah-tengah kesulitan yang dihadapi.’’ Katanya.

Kim berbagi maklumat bahwa selepas pengunduran dirinya, bersama sebuah syarikat lain, ia akan terus bekerja pada peningkatan investasi infrastruktur di negara-negara membangun.

Kim, yang merupakan warganegara Amerika asal Korea, memulakan jawatan presidennya pada bulan Julai 2012.

Kim terpilih untuk posisi ini untuk kedua kalinya pada tahun 2017.

 

 

 

 



Berita Terkait