China Bantah Penangkapan Meng Wanzhou dan Minta Kanada Membebaskannya Segera

Kementrian Kehakiman AS, pada bulan April telah memfailkan penyiasatan ke pengilang telefon pintar dan gergasi telekomunikasi China, Huawei, kerana telah melanggar sekatan-sekatan ke Iran.

China Bantah Penangkapan Meng Wanzhou dan Minta Kanada Membebaskannya Segera

 

China meminta Kanada untuk membebaskan Meng Wanzhou, Putri pemilik syarikat teknologi China, Huawei, Ren Zhengfei, dan Chief Financial Officer (CFO) Huawei, yang ditahan dengan alasan telah melanggar sekatan-sekatan Amerika Syarikat (AS) ke Iran.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan Besar China di Ottawa, menegaskan bahawa Meng Wanzhou tidak melanggar undang-undang Amerika Syarikat atau Kanada, dan meminta Kanada membebaskan Meng Wanzhou segera.

‘’Pihak China menentang keras pelanggaran hak asasi manusia yang serius ini dan membantah keras keadaan ini,’’ kata kenyataan Kedutaan Besar itu.

Kementrian Kehakiman Kanada menyatakan bahawa Meng Wanzhou telah ditahan di bandar Vancouver pada 1 Disember atas dakwaan telah melanggar sekatan-sekatan AS terhadap Iran.

Dilaporkan bahawa Meng Wanzhou dijadualkan akan menghadapi perbicaraan awal pada hari Jumaat, 7 Disember.

Jika Meng Wanzhou diekstradisi ke AS, ia akan diadili di Mahkamah Daerah Timur New York.

Kementrian Kehakiman AS, pada bulan April telah memfailkan penyiasatan ke pengilang telefon pintar dan gergasi telekomunikasi China, Huawei, kerana telah melanggar sekatan-sekatan ke Iran.

Khabar penangkapan, yang dijangka boleh berisiko ke atas ''gencatan senjata'' perdagangan yang berlaku antara AS dengan China beberapa waktu kebelakangan, tercermin negatif ke pasaran.

 



Berita Terkait