Ali Bongo Keluar dari Hospital di Rabat

Presiden Ali Bongo, telah menerima jemputan Yang Mulia Raja Morocco Mohammed ke-6, dan pergi ke Morocco pada 29 November untuk meneruskan proses pemulihan dan proses rehabilitasi medis.

Ali Bongo Keluar dari Hospital di Rabat

 

Presiden Gabon, Ali Bongo, yang mendapat perawatan medis di sebuah hospital di Morocco, telah dibolehkan keluar dari hospital.

Menurut berita yang dimuat pada media Gabon, Presiden Bongo, telah diperbolehkan keluar dari King Mohammed 5 Military Hospital di Rabat, di mana ia telah dirawat sejak 29 November.

Bongo akan menjalani masa pemulihan di sebuah rumah di Rabat yang diperuntukkannya.

Presiden gabon, Bongo, yang tidak hadir di hadapan kamera sejak 24 Oktober ketika dia pergi ke Riyadh untuk menghadiri "Persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan", yang dianjurkan di Arab Saudi, di dakwa telah meninggal dunia atau mengalami stroke.

Di hospital di mana Bongo dioperasi, terungkap bahwa dia dimasukkan ke dalam koma buatan.

Jurucakap Kepresidenan, Ike Ngouoni, pada 11 November mengumumkan bahawa Presiden Bongo telah mula pulih dan memperoleh semula semua kebolehan fizikalnya.

Presiden Ali Bongo, telah menerima jemputan Yang Mulia Raja Morocco Mohammed ke-6, dan pergi ke Morocco pada 29 November untuk meneruskan proses pemulihan dan proses rehabilitasi medis.

Imej-imej lawatan Raja Morocco, Mohammed ke-6, ke hospital dimana Bongo mendapat perawatan, telah diberikan ke media dan Presiden Bongo pertama kali terlihat di hadapan kamera 40 hari selepas 24 Oktober ketika dia pergi ke Riyadh.

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait