Keputusan Pilihan Raya di Kabul Dibatalkan

Di Parlimen Afghanistan, 800 anggota parlimen bersaing untuk 33 kerusi yang dikhaskan untuk ibu negara Kabul.

Keputusan Pilihan Raya di Kabul Dibatalkan

 

Di Afghanistan, keputusan pilihan raya umum, yang telah diadakan pada 20-21 Oktober, di ibu negara Kabul, dibatalkan atas alasan rasuah.

Jurucakap Suruhanjaya Aduan Pilihan Raya, Ali Reza Rouhani, pada sidang akhbar menyatakan bahawa keputusan pilihan raya Kabul telah dibatalkan kerana rasuah.

Rouhani juga mengatakan bahawa beberapa pegawai suruhanjaya pilihan raya yang telah terlibat ke dalam penipuan pilihan raya, telah dipecat.

Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Afghanistan belum lagi membuat kenyataan terkait isu tersebut.

Di Parlimen Afghanistan, 800 anggota parlimen bersaing untuk 33 kerusi yang dikhaskan untuk ibu negara Kabul.



Berita Terkait