• Video Galeri

PBB: ''Kami Memantau dengan Teliti Perkembangan Kes Khashoggi''

Pada taklimat akhbar harian, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq, menjawab soalan terkait pembunuhan Khashoggi.

PBB: ''Kami Memantau dengan Teliti Perkembangan Kes Khashoggi''

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa mereka memantau perkembangan terkait pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi, dan akan mengevaluasi langkah-langkah yang akan diambil pada akhir penyelidikan.

Pada taklimat akhbar harian, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq, menjawab soalan terkait pembunuhan Khashoggi.

"Kami memantau perkembangan dengan teliti," katanya.

Haq berkata mereka memantau siasatan negara-negara berkenaan dan selepas siasatan tamat, PBB akan mempertimbangkan langkah-langkah yang akan diambil.

Haq teringat bahawa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyerukan penyiasatan yang cepat dan telus.

Wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, hilang selepas memasuki ke Konsulat Jeneral Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Selepas 18 hari, Pentadbiran Arab Saudi terpaksa mengakui bahawa Khashoggi telah dibunuh di konsulat.

Pejabat Pendakwa Raya Istanbul, mengumumkan bahawa Khashoggi yang pergi ke Konsulat Jeneral Arab Saudi di Istanbul untuk urusan rasmi pada 2 Oktober, sebaik sahaja ia masuk, dibunuh dengan cara dicekik, lepas itu jasadnya dihancurkan dan kemudian dimusnahkan.

 



Berita Terkait