Badai Michael di AS, Bilangan Kematian Meningkat

Badai Michael bermula sebagai ribut tropika di Laut Caribbean pada hari Ahad dan berubah menjadi taufan pada hari Isnin.

Badai Michael di AS, Bilangan Kematian Meningkat

Dalam bencana badai Michael, yang berpengaruh di pesisir tenggara Amerika Syarikat (AS), bilangan kematian meningkat kepada 5.

Pejabat Sheriff bandar Gadsden di Florida, melaporkan bahawa di bandar itu 4 orang meninggal dunia akibat badai Michael.

Sedangkan di bandar Seminole di negara bahagian Georgia, seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat tertimpa pokok yang tumbang.

Badai berkesan dengan kecepatan 80 kilometer sejam.

Pusat Badai Nasional AS, mengumumkan bahawa timur laut South Carolina berada di bawah pengaruh badai tropika.

Di samping itu, amaran banjir yang tiba-tiba diberikan untuk wilayah Virginia, North dan South Carolina.

Di Alabama, Georgia dan Florida, kira-kira 800,000 orang tidak mempunyai bekalan elektrik akibat badai.

Badai Michael dikatakan sebagai badai yang paling hebat yang pernah terlihat di Florida dalam 100 tahun terakhir, dan badai terhebat di Amerika Syarikat (AS) selepas badai Andrew yang berlaku pada tahun 1992.

Badai Michael bermula sebagai ribut tropika di Laut Caribbean pada hari Ahad dan berubah menjadi taufan pada hari Isnin.

Sebanyak 13 orang meninggal dunia di Honduras, Nicaragua dan El Salvador, Amerika Tengah, di mana kesan taufan mula-mula dilihat.



Berita Terkait