Rusia dan China akan Mengadakan Latihan Ketenteraan Secara Teratur

Angkatan Bersenjata China dan Mongolia juga mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di bahagian timur Rusia dan di Siberia yang akan berlangsung antara 11-15 September.

Rusia dan China akan Mengadakan Latihan Ketenteraan Secara Teratur

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan China untuk mengadakan latihan ketenteraan secara teratur.

Menurut agensi berita TASS, Menteri Pertahanan Rusia Shoygu bertemu dengan rakan sejawatnya asal China, Wei Fenghe, di poligon Tsugol di mana latihan ketenteraan Vostok-2018 diadakan.

Menarik perhatian ke atas kerjasama ketenteraan Rusia-China dalam latihan ketenteraan Vostok-2018, Shoygu berkata;

"Kami bersetuju untuk melakukan latihan ketenteraan yang teratur seperti ini."

Fenghe juga menyatakan bahawa kerjasama ketenteraan kedua-dua negara adalah pantas dan strategik.

Vostok-2018 yang merupakan latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah Rusia, akan disertai oleh hampir 300.000 tentera, lebih daripada 1000 kapal terbang, helikopter, kenderaan udara tanpa pemandu, hampir 36.000 kereta kebal, kenderaan berperisai dan kenderaan teknikal tentera lainnya serta hampir 80 kapal.

Angkatan Bersenjata China dan Mongolia juga mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di bahagian timur Rusia dan di Siberia yang akan berlangsung antara 11-15 September.



Berita Terkait