Bilangan Kematian dalam Pengeboman Berani Mati di Afghanistan Meningkat

Masih belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Bilangan Kematian dalam Pengeboman Berani Mati di Afghanistan Meningkat

Di wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, bilangan mangsa terbunuh dalam serangan bunuh diri pada hari Selasa (11 September 2018) meningkat kepada 69 dan 168 cedera.

Jurucakap Direktorat Kesihatan Wilayah Nangarhar, Enamullah Miyahil berkata bahawa dalam peristiwa bom berani mati yang diletupkan diantara orang-orang yang sedang berdemonstrasi menentang kerajaan di wilayah Dehkai, beberapa orang yang cedera dalam keadaan kritikal dan dibimbangkan bilangan kematian akan semakin meningkat.

Masih belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pada hari Selasa, di daerah Dehkai di Nangarhar, para penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi membantah kerajaan.



Berita Terkait