Ketua Delegasi Negara-Negara Penjamin Astana Bertemu dengan Mistura di Geneva

Turki melaporkan bahawa proses menubuhkan Jawatankuasa Perlembagaan untuk Syria, akan meneruskan rundingan tahap teknikal antara penjamin Astana.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Kementerian Luar Negeri, menyatakan bahawa ketua-ketua delegasi negara-negara penjamin Astana, Turki, Rusia dan Iran, telah bertemu dengan Wakil Khas PBB untuk Syria Staffan de Mistura pada 10-11 September di Geneva.

‘’Dalam pertemuan ini, Pembentukan Jawatankuasa Perlembagaan dan peraturan prosedur, yang merupakan langkah penting dalam perjuangan untuk mencari penyelesaian politik terhadap krisis Syria, telah dibincangkan. Dalam konteks ini, prinsip mengenai senarai yang disyorkan oleh rejim dan pembangkang telah disahkan, dan pembentukan kumpulan masyarakat awam generasi ketiga telah dirundingkan. Proses ini akan diteruskan di peringkat teknikal antara penjamin Astana.’’ Tulis kenyataan tersebut.

Tags: geneva , syria , astana , iran , rusia , turki

Berita Terkait