Di Idlib Lebih Daripada 100 Serangan Udara telah Dianjurkan

Atas permintaan Rusia, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), berkumpul untuk membahas keputusan sidang kemuncak Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Hassan Rouhani di Teheran pada hari Jumaat

Di Idlib Lebih Daripada 100 Serangan Udara telah Dianjurkan
Di Idlib Lebih Daripada 100 Serangan Udara telah Dianjurkan
Di Idlib Lebih Daripada 100 Serangan Udara telah Dianjurkan

Di Idlib Lebih Daripada 100 Serangan Udara telah Dianjurkan

Wakil Tetap Amerika Syarikat (AS) untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, menyatakan bahawa rejim Assad dan Rusia telah melancarkan lebih daripada 100 serangan udara di Idlib.

Atas permintaan Rusia, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), berkumpul untuk membahas keputusan sidang kemuncak Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Hassan Rouhani di Teheran pada hari Jumaat dan perkembangan-perkembangan di Idlib.

Wakil Tetap AS untuk PBB Haley dalam pidatonya di sini, mengatakan;

‘’Rusia, Iran dan rejim Assad tidak memberi perhatian pada penyelesaian politik. Turki sedar akan hal ini minggu lepas, ia meminta gencatan senjata di Idlib tetapi Rusia dan Iran tidak menerima tawaran Turki ini.’’

Wakil Tetap Rusia untuk PBB, Vassily Nebenzia, memaklumkan kepada majlis mengenai keputusan sidang kemuncak Teheran.

Menyatakan bahawa terdapat puluhan ribu ahli Al Nusr dan organisasi pengganas Daesh di Idlib, Nebenzia berkata bahawa Rusia, Iran dan Turki mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk membersihkan semua sisa-sisa keganasan di Syria.

Nebenzia yang menyatakan bahawa tidak ada alternatif lain untuk krisis di Syria selain penyelesaian politik, berkata;

''Pembangkang bersenjata yang membuat keputusan untuk penyelesaian politik perlu dipisahkan daripada pengganas dan himbauan ini adalah untuk semua ahli masyarakat antarabangsa.’’

Nebenzia juga menyatakan bahawa tiga negara penjamin Astana dengan Wakil Khas PBB untuk Syria Staffan de Mistura sedang menjalankan rundingan bagi penubuhan jawatankuasa perlembagaan di Geneva secepat mungkin.

Nebezia berkata bahawa pada kemuncak Teheran, pembinaan semula Syria juga telah dibahas dan pesyaratannya sesuai dengan keadaan ini, di Syria diperlukan bantuan kemanusiaan, pembersihan ranjau dan infrastruktur yang dibina semula, namun mengenai isu ini Barat ‘’membuat ugutan politik.’’

‘’Kerajaan Syria memberikan jaminan keselamatan seperti yang diketahui. Untuk pemulangan para pelarian Syria, Turki dan Iran sedang berusaha untuk menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa,’’ katanya.

Nebenzia menambah bahawa pertemuan berikutnya antara ketiga-tiga negara penjamin Astana akan diadakan di Rusia.



Berita Terkait