Bilangan Kematian Gempa Bumi di Jepun Meningkat

Menurut agensi Kyodo, dengan dijumpainya lagi satu jasad lelaki berusia 77 tahun di bandar Atsuma, jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka dalam gempa bumi mencapai 40.

Bilangan Kematian Gempa Bumi di Jepun Meningkat

Di Pulau Hokkaido di utara Jepun, dalam bencana gempa bumi 6.7 magnitud, yang berlaku pada hari Khamis (06.09.2018), bilangan kematian meningkat kepada 40 orang.

Menurut agensi Kyodo, dengan dijumpainya lagi satu jasad lelaki berusia 77 tahun di bandar Atsuma, jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka dalam gempa bumi mencapai 40.

Walaupun dinyatakan masih ada orang yang hilang, kerajaan tempatan mengumumkan bahawa kerja mencari dan menyelamat telah ditamatkan, selain itu, diberitahukan bahawa kira-kira 2,700 orang tinggal di tempat-tempat penampungan.

Tanah runtuh yang disebabkan oleh gempa bumi, menyebabkan banyak rumah di Atsuma tertimbun tanah.

Di Pulau Hokkaido, dinyatakan bahawa masih tidak ada elektrik yang diberikan kepada 8 ribu rumah.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melawat Sapporo, bandar terbesar di pulau itu, yang telah mengalami bencana yang besar.

Gempa bumi 6.7 magnitud, yang berlaku pada hari Khamis, telah melumpuhkan kehidupan di Pulau Hakkaido.

Perkhidmatan pengangkutan dan elektrik di wilayah tempat tinggal bagi 5.4 juta orang telah diputus dan lapangan terbang antarabangsa di rantau ini ditutup.

 



Berita Terkait