PM Haiti Letak Jawatan

Lafontant, dalam ucapannya di Dewan Rakyat, berkata surat peletakan jawatannya telah dikemukakan kepada Presiden Moise Jovenel.

PM Haiti Letak Jawatan

Perdana Menteri Haiti Guy Jack Lafontant, meletak jawatan selepas insiden keganasan yang berlaku pada aksi unjuk perasaan sebagai protes terhadap rancangan kenaikan harga bahan api yang telah ditarik balik oleh kerajaan.

Lafontant, dalam ucapannya di Dewan Rakyat, berkata surat peletakan jawatannya telah dikemukakan kepada Presiden Moise Jovenel.

Ahli parlimen meminta Lafontant menjawab soalan-soalan mengenai insiden keganasan yang berlaku pada aksi unjuk perasaan yang dianjurkan sebagai bantahan terhadap kenaikan harga bahan api yang telah ditarik balik oleh kerajaan pada 6-8 Julai.

Di Haiti, aksi unjuk perasaan tercetus pada 6 Julai berikutan rancangan kenaikan harga bahan bakar 38-51 peratus, dan kerajaan telah memansuhkan rancangan tersebut pada hari berikutnya.

Sekurang-kurangnya 7 orang kehilangan nyawa mereka semasa demonstrasi.



Berita Terkait