Kemalangan Kapal Feri di India, Bilangan Kematian Meningkat

Dijumpai 12 jasad dari 44 orang penumpang kapal feri yang  tenggelam di sungai Godavari pada Selasa malam.

Kemalangan Kapal Feri di India, Bilangan Kematian Meningkat

Akibat sebuah kapal feri yang melayari sepanjang sungai terbalik di selatan India, 
bilangan kematian meningkat kepada 12.

Menurut laporan media tempatan, Chandrababu Naidu, Perdana Menteri negeri Andhra Pradesh, menyatakan bahawa mereka menemui 12 jasad dari 44 orang penumpang kapal feri yang  tenggelam di sungai Godavari pada Selasa malam.

Menyatakan bahawa 22 orang daripada penumpang kapal feri itu berenang dan berhasil mencapai pantai, Naidu berkata bahawa 10 orang lainnya masih dicari.

Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan jasad empat orang semalam.

Kemalangan kapal feri di India sering berlaku disebabkan oleh beban yang terlalu banyak dan kurangnya perawatan pada kapal feri.

19 orang kehilangan nyawa mereka dalam kemalangan feri yang berlaku di wilayah Andra Pradesh pada bulan November.



Berita Terkait