AS Melaporkan Bahawa Gas Klorin dan Sarin Digunakan Pada Serangan di Douma

Jurucakap AS berkata, ''sumber yang kami percaya melaporkan delegasi penyelidik belum dapat masuk ke Douma''.

AS Melaporkan Bahawa Gas Klorin dan Sarin Digunakan Pada Serangan di Douma

Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa gas klorin dan sarin digunakan dalam serangan yang dianjurkan pada 7 April di rantau Douma-Syria.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Heather Nauert, pada sidang akhbar berkata bahawa maklumat agensi-agensi berita rejim di Syria bahawa delegasi Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) memasuki Douma, tidak mencerminkan fakta.

Nauert,

''Kami tahu bahawa media kerajaan Syria sebelum ini melaporkan bahawa delegasi telah memasuki Douma, namun menurut sumber yang kami percaya, delegasi penyelidik belum dapat masuk ke Douma.'' katanya.

Menyatakan bahawa mereka mahu delegasi penyelidik segera memasuki Douma dengan selamat dan cepat, Nauert berkata:

''Tetapi pada masa yang sama kami mahu bukti-bukti itu asli. Jika delegasi itu terlambat untuk memasuki Douma, maka bukti-bukti boleh rosak.'' 

Menyatakan bahawa mengikut maklumat yang ada di tangannya, dua bahan kimia berbeza telah digunakan di Douma, Jurucakap Nauert berkata:

"Maklumat di tangan kami membolehkan kami berfikir bahawa gas klorin dan sarin digunakan semasa serangan."
 



Berita Terkait