Tiga Warga Palestin Cedera akibat Tembakan Tentera Israel dalam Demonstrasi ''Great Return March''

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital.

Tiga Warga Palestin Cedera akibat Tembakan Tentera Israel dalam Demonstrasi ''Great Return March''

Tentera Israel cederai tiga orang warga Palestin yang menyertai demonstrasi ''Great Return March'' di sempadan timur Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan bertulis menyatakan bahawa tiga penunjuk perasaan cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera-tentera Israel.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital.

Sejak 30 Mac, rakyat Palestin mengadakan demonstrasi damai di sempadan Jalur Gaza yang dikepung dan Israel untuk memperingati Hari Tanah ke-42.

Sedangkan tentera Israel, melepaskan tembakan ke atas orang awam yang meminta "untuk kembali ke tanah air mereka dan penghapusan pengepungan haram terhadap Gaza yang telah berkuatkuasa sejak 2006".

Sejak bermulanya demonstrasi hingga setakat ini 35 warga Palestin tewas dan lebih daripada 3 ribu warga Palestin cedera.

Warga Palestin merancang untuk meneruskan aksi damai yang dinamakan "Great Return March" sehingga pertengahan Mei.
 



Berita Terkait