Menteri Luar Belanda Meletak Jawatan Kerana Berbohong

Menteri Luar Belanda, Halbe Zijlstra, meletak jawatan.

Menteri Luar Belanda Meletak Jawatan Kerana Berbohong

Zijlstra, yang bercakap pada permulaan sesi mengenai subjek itu di Parlimen, mengatakan bahawa kenyataan yang dibuatnya mengenai ''Pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin'' pada kongres Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD) pada 2016, adalah tidak benar dan merupakan "kesilapan terbesar" dalam kerjaya politiknya, oleh kerana itu ia meletak jawatan.

Halbe Zijlstra menyatakan bahawa Belanda memerlukan seorang menteri luar negeri yang tidak diragukan.

Dalam temu bual dengan akhbar De Volkskrant akhir pekan lepas, Zijlstra mengakui bahawa ungkapan yang dibuatnya pada kongres VVD tahun 2016 terkait pertemuan muka dengan Putin pada sebuah mesyuarat tahun 2016 adalah tidak benar.
 



Berita Terkait