Tiga Kanak-Kanak di Arab Saudi Cedera Akibat Serangan Roket Houthi

Kumpulan Houthi yang disokong oleh Iran terus melanggar prinsip dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan mensasarkan orang awan

Tiga Kanak-Kanak di Arab Saudi Cedera Akibat Serangan Roket Houthi

Kumpulan Houthi yang mengawal kerajaan di Yaman, melancarkan serangan roket ke Jazan, bandar sempadan Arab Saudi-Yaman, dan telah mengakibatkan 3 kanak-kanak cedera.

Menurut laporan agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA, jurucakap gabungan di bawah kepemimpinan Arab Saudi, Turki al-Maliki, menyatakan bahawa serangan-serangan roket Houthi ke wilayah Jazan di sempadan Yaman secara langsung mensasarkan orang awam.

Maliki yang menyatakan bahawa roket-roket tersebut jatuh ke wilayah pemukiman dan mengakibatkan tiga kanak-kanak cedera, berkata bahawa salah satu kanak-kanak yang cedera, Ziyad Qassem Suleiman Atifi berusia 2 tahun, dalam keadaan kritikal. 

"Kumpulan Houthi yang disokong oleh Iran terus melanggar prinsip dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan mensasarkan orang awan" kata Al-Maliki.

Kumpulan Houthi yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di Yaman, sejak September 2014 mengawal beberapa kawasan termasuk ibukota Sanaa.

Pasukan gabungan di bawah kepemimpinan Arab Saudi juga menyokong pasukan pemerintah yang sah dalam memerangi Houthi sejak Mac 2015.



Berita Terkait