Serangan Rejim Assad ke Ghouta Timur Tewaskan 75 Orang Awam

Pasukan pertahanan awam, yang meneruskan usaha mencari dan menyelamat, berkata bahawa bilangan kematian boleh bertambah.

Serangan Rejim Assad ke Ghouta Timur Tewaskan 75 Orang Awam

Serangan-serangan yang dilancarkan oleh rejim Assad ke Ghouta Timur telah menewaskan 75 orang awam.

Pasukan pertahanan awam, yang meneruskan usaha mencari dan menyelamat, berkata bahawa bilangan kematian boleh bertambah.

Dalam tempoh 42 hari, sejak 29 Disember 2017 hingga setakat ini, bilangan kematian awam dalam pengeboman di Ghouta Timur meningkat kepada 524, sedangkan bilangan yang cedera mendekati 2 ribu.

Di Ghouta Timur terdapat kira-kira 400,000 penduduk awam.

Di rantau dimana krisis kemanusiaan semakin mendalam, beratus-ratus kecemasan, beribu-ribu orang awam yang sakit sedang menunggu untuk dipindahkan. Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak atau pesakit kanser stadium tahap tinggi. 

Ramai bayi dan kanak-kanak Ghouta Timur kehilangan nyawa mereka akibat kelaparan dan tidak mendapatkan ubat-ubatan.



Berita Terkait