Selama Tahun 2017, 16 Tentera Israel Meninggal Akibat Bunuh Diri

16 tentera Israel bunuh diri selama tahun 2017.

Selama Tahun 2017, 16 Tentera Israel Meninggal Akibat Bunuh Diri

Menurut berita yang disiarkan oleh televisyen Israel, Channel 12, berdasarkan statistik tentera, menyatakan bahawa seramai 55 tentera Israel yang terbunuh pada 2017, 16 daripadanya meninggal dunia akibat bunuh diri.

Berita itu melaporkan bahawa 7 tentera terbunuh dalam operasi terhadap rakyat Palestin, 9 tentera terbunuh kerana masalah kesihatan, 12 tentera terbunuh dalam kemalangan jalan raya, 9 tentera terbunuh kerana peluru tidak sengaja dan dua lagi mati akibat kemalangan kerja.

Menurut data statistik tentera Israel yang dikeluarkan tahun lepas, dari  41 tentera yang meninggal dunia pada tahun 2016, sebanyak 15 tentera meninggal dunia akibat bunuh diri, begitu juga pada tahun 2014 dan 2015, bilangan tentera yang sama meninggal akibat bunuh diri.



Berita Terkait