AS dan Korea Selatan Anjurkan Latihan Tentera di Semenanjung Korea

Unsur-unsur Tentera Laut Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan latihan bersama terhadap ancaman Korea Utara esok hari.

AS dan Korea Selatan Anjurkan Latihan Tentera di Semenanjung Korea

Menurut kenyataan yang dibuat tentera Korea Selatan, 7 kapal tentera laut dari Korea Selatan dan dari Angkatan Laut AS, 3 kapal induk bernama USS Nimitz, USS Theodore Roosevelt dan USS ROnald Reagan serta 11 kapal perang akan menyertai latihan tersebut.

Latihan yang akan diadakan di sekeliling Semenanjung Korea, akan berterusan sehingga Selasa 14 November.

Latihan 4 hari itu, merangkumi manuver ''pertahanan terhadap ancaman Korea Utara'', juga bertujuan untuk pencegahan provokasi nuklear dan rudal pentadbiran Pyongyang.



Berita Terkait