Keadaan Kecemasan di Mesir

Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi memperluaskan keadaan kecemasan di negara ini selama 3 bulan.

Keadaan Kecemasan di Mesir

Dalam keputusan presiden tersebut,

"Dengan memandang keadaan keselamatan yang serius di negara, telah diambil keputusan untuk keadaan kecemasan diseluruh negara selama 3 bulan yang bermula dari pagi hari ini pada jam 01: 00 waktu tempatan'' menurut kenyataan tersebut. 

Dalam perintah itu, tercatat bahawa Presiden Sisi telah memberikan kuasa kepada tentera dan polis untuk mengambil segala langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan menangani keganasan, menyekat pembiayaan, nyawa dan harta. 

Untuk mulai berlakunya keputusan yang diterima sebagai perpanjangan dari keadaan luar biasa yang telah dilaksanakan sejak 6 bulan di negara ini, mesti diluluskan di Parlimen. 

Serangan bom yang dijalankan oleh pertubuhan pengganas DAESH di bandar Alexandria dan Tanta di Mesir pada 9 April, telah mengorbankan 45 orang dan 125 orang cedera.

Selepas kejadian itu, Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi mengumumkan bahawa keadaan kecemasan telah diisytiharkan selama tiga bulan.



Berita Terkait