Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 6 Oktober 2017

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: ''Barzani akan menyerah pada cinta ini''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan membuat penilaian terkait referendum tidak sah Kurdish Regional Government (KRG) yang telah diadakan pada 25 September, ''Sudah pasti mereka yang membuka pintu referendum tidak sah itu akan membayar semua yang telah mereka lakukan'' katanya. ''Mereka tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Barzani akan menyerah pada cinta ini''

 

Akbar Vatan: ''Taktik baru''

Di Muğla, 7 pengganas ahli pertubuhan pengganas PKK telah ditangkap dalam keadaan hidup, kali ini 5 pengganas terbunuh. Mengenai masalah tersebut Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa PKK cuba menyusup ke Aegean dan Mediterranean melalui Lazkiye. Menteri Dalam Negeri Süleyman Soylu juga berkata, "Organisasi pengganas itu telah mencari kaedah lain selepas penyusupan dari utara Iraq, Iran dan Afrin sebagai kaedah terakhir."

 

Akhbar Hürriyet: "Seruling mengubah kehidupan"

Merve Başaoğlu yang tumbuh di taman kanak-kanak, YANG sangat gembira dikala melihat seruling di gurunya, mula bermain sendiri dan telah merubah kehidupannya. Merve yang belajar di Universiti Bilken di jabatan Seruling, kini diterima dari sekolah terbaik dunia Dİ Perancis Nice Conservatory. Merve Un, segera bergerak untuk bertemu dengan Emine Erdogan dan Menteri Keluarga dan Sosial Fatma Betül Sayan Kaya untuk perbelanjaan sekolahnya. 
 

Akhbar Haber Türk: "Satu matlamat kemenangan"

Satu matlamat kemenangan untuk pasukan kebangsaan yang akan bertemu dengan pasukan Iceland malam ini pada pukul 21.45, melalui jalan Rusia 2018. Dalam perlawanan itu, akan dipimpin oleh Szymon Marciniak dari Persekutuan Bola Sepak Poland yang akan memulakan dengan peniupan pluit.



Berita Terkait